Derita pelaburan bumiputera
Iklan
Tidak ramai bumiputera berjaya menembusi tembok batu dunia korporat walaupun dibantu oleh pelbagai usaha kerajaan, khususnya DEB. Gambar hiasan
MINGGU lepas saya cerita mengenai dunia korporat bumiputera yang semakin membimbangkan. Bukan sahaja kegiatan ekonomi yang dilaksanakan oleh agensi-agensi amanah bumiputera tetapi juga yang dijalankan oleh orang perseorangan bumiputera.
Saya ceritakan mengenai kerugian pelaburan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).