Terdedah bahan lucah pada usia muda
Iklan
Pihak sekolah, ibu bapa dan pihak berkuasa perlu bekerjasama memberi pendidikan seksual komprehensif kepada kanak-kanak dan remaja. Gambar hiasan (Gambar kecil: Fauziah)
SHAH ALAM – Keadaan kanak-kanak dan remaja kini yang mudah terdedah dengan bahan lucah khususnya melalui media sosial atau permainan video dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya peningkatan kes jenayah seksual bawah umur di negara ini.
Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Fauziah Mohd Saad berkata, akses mudah kepada telefon pintar membuka ruang luas kepada golongan muda untuk terdedah kepada kandungan lucah atau pornografi tanpa kawalan.