Aktivis tempelan, aktivis sebenar
Iklan
Para peserta flotilla sama ada mereka berstatus sukarelawan atau aktivis sudah bersedia berhadapan dengan apa juga tindakan keras yang bakal mereka lalui. Gambar hiasan
HAJAT para peserta rombongan Global Sumud Flotila (GSF) 2025 untuk ‘mendaratkan’ bekalan makanan, barang-barang dapur dan ubat-ubatan kepada penduduk Gaza yang sedang kebuluran tidak kesampaian. 42 buah kapal GSF yang mereka naiki dipintas Israel pada 1 hingga 3 Oktober 2025 di perairan antarabangsa.
Dari segi perundangan, ia tidak mempunyai kawalan terhadap perairan tersebut tetapi rejim haram Israel peduli apa. 462 orang ahli rombongan GSF 2025 kemudiannya ditahan, dibawa ke Israel dan kemudiannya diusir. Kapal-kapal yang dinaiki, setelah tiada lagi berpenghuni, berpatah balik ke pelabuhan asal masing-masing sama ada di Greece, Itali atau Sepanyol.