ANKARA - Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat menegaskan bahawa adalah penting untuk memastikan Israel menunaikan komitmennya terhadap perjanjian gencatan senjata di Gaza, sambil mengalu-alukan perjanjian yang ditandatangani antara Israel dan Hamas di Mesir, lapor Xinhua.
"Perjanjian itu telah ditandatangani dan jalan menuju keamanan berkekalan di Gaza kini terbuka,” kata Erdogan dalam majlis perasmian beberapa projek baharu di wilayah Laut Hitam, Rize, sambil menambah bahawa"perkara paling penting kini ialah memastikan perjanjian itu dilaksanakan sepenuhnya.”