Beregu muda Malaysia langgar beregu impian Denmark

Iklan
Hon Jian–Haikal Nazri cipta kejutan di Finland.

BEREGU badminton muda negara, Choong Hon Jian–Muhammad Haikal Nazri, mencipta kejutan di gelanggang Energia Areena, Vantaa, Finland apabila menumbangkan beregu pilihan utama Denmark, Kim Astrup–Anders Skaarup Rasmussen, sekali gus mara ke separuh akhir Terbuka Artik Super 500.

Gandingan nombor 47 dunia itu mempamerkan ketenangan luar biasa untuk menamatkan saingan penuh dramatik dengan kemenangan 23-21, 21-15 dalam tempoh 39 minit, sekali gus menyamai pencapaian terbaik karier di pentas Super 500 Terbuka Australia tahun lalu.

Iklan
Iklan

Perlawanan sengit set pertama memperlihatkan kebangkitan luar biasa

 

Iklan

Hon Jian–Haikal yang bangkit daripada ketinggalan 9-15 sebelum menyelamatkan satu mata game point pada kedudukan 19-20 dan menamatkan permainan 23-21.

Set kedua, pemenang Masters Orleans 2024 itu tampil lebih tenang menyaingi pengalaman Astrup–Rasmussen untuk menutup permainan 21-15.

Iklan

Hon Jian–Haikal sebelum menunjukkan beregu nombor empat jalan keluar, menyingkirkan cabaran gandingan berstatus 16 dunia dari China, Huang Di–Liu Yang, 23-21, 22-20 dalam masa 50 minit pada pusingan pertama.

Gandingan muda negara itu selepas ini akan berdepan beregu nombor 15 dunia dari England, Ben Lane–Sean Vendy.