Cerminan jurang budaya antara kaum
Iklan
Majlis kerajaan tidak seharusnya ada arak yang jelas bertentangan dengan ajaran agama Persekutuan. - Gambar hiasan
BARU-baru ini Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berdepan kontroversi selepas dilaporkan menghidangkan arak dalam salah satu majlis makan malam sempena Global Travel Meet (GTM) di Malaysia.
Tindakan itu mencetuskan reaksi besar dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum terutama apabila bekas Timbalan Menteri Pelancongan daripada Parti Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menjadi antara yang pertama mengkritik beliau.