Pelajar 13 tahun ditahan selepas tanya ChatGPT cara bunuh rakan dalam kelas

Iklan
Polis tidak mengangap tindakan pelajar tersebut sebagai satu bentuk gurauan.-Agensi

FLORIDA – Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas bertanya soalan mengejutkan kepada aplikasi kecerdasan buatan, ChatGPT, ketika berada dalam kelas.

Soalan yang dikemukakan pelajar sekolah menengah itu berbunyi, “Bagaimana hendak bunuh kawan saya ketika dalam kelas.”

Iklan
Iklan

Menurut laporan media tempatan, sistem pemantauan keselamatan sekolah yang dikenali sebagai Gaggle segera mengesan soalan tersebut dan menghantar amaran kepada pihak pentadbiran sekolah serta polis.

Insiden berlaku di Southwestern Middle School yang terletak di bandar Deland, Florida. Polis kemudian bergegas ke sekolah berkenaan sebelum menahan pelajar terbabit di bilik darjah.

Iklan

Pihak berkuasa berkata, pelajar itu mendakwa tindakannya hanya satu gurauan selepas bertengkar dengan rakan sekelasnya. Namun polis tidak memandang ringan kenyataan itu kerana ia melibatkan ancaman keselamatan.

Jurucakap Pejabat Sheriff Daerah Volusia dalam satu kenyataan berkata, kes itu menjadi contoh jelas tentang bagaimana 'gurauan tidak bertempat' boleh mencetuskan kecemasan di sekolah.

Iklan

“Ancaman tetap ancaman, walaupun dikatakan bergurau. Kami memandang serius setiap laporan melibatkan keselamatan pelajar,” kata jurucakap itu.

Pelajar berkenaan kini ditahan di pusat tahanan juvana sementara siasatan diteruskan.

Pihak berkuasa turut mengingatkan ibu bapa supaya lebih peka terhadap aktiviti dalam talian anak-anak mereka dan menasihatkan pelajar agar berfikir sebelum menaip sebarang mesej di platform digital.-Agensi