Lagi insiden lori rempuh plaza tol

Iklan
Video selama 22 saat yang dirakam melalui kamera papan pemuka kenderaan lain itu memaparkan kejadian berlaku kira-kira jam 1.53 petang.

PUCHONG – Tular di media sosial rakaman video menunjukkan sebuah lori sampah merempuh Plaza Tol Puchong Selatan, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) arah Bandar Bukit Puchong pada Jumaat.

Video berdurasi 22 saat yang dirakam melalui kamera papan pemuka kenderaan lain itu memaparkan kejadian berlaku kira-kira jam 1.53 petang apabila lori berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang di lorong plaza tol tersebut.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tiada kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini, sementara maklumat lanjut mengenai pemandu dan tahap kecederaan masih belum disahkan pihak berkuasa.

Insiden itu mencetuskan kebimbangan orang ramai susulan kemalangan serupa di Plaza Tol Bukit Kajang yang berlaku baru-baru ini sehingga mengorbankan dua individu serta mencederakan beberapa yang lain apabila sebuah lori merempuh beberapa kenderaan di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan pihak polis berhubung kejadian tersebut.