KUALA LUMPUR – Fenomena luar biasa tercetus hari ini apabila telefon pintar baharu HONOR X9d 5G mula dijual secara rasmi di seluruh negara. Sejak awal pagi, pelanggan dilihat beratur panjang di kedai-kedai sah HONOR bagi mendapatkan unit pertama peranti yang kini menjadi bualan hangat di media sosial.
Ramai pelanggan yang telah membuat pra-tempahan turut hadir awal bagi memastikan mereka menerima peranti idaman tersebut daripada batch pertama, mencetuskan suasana meriah dan penuh keterujaan di lokasi jualan.
Pra-tempahan habis dalam 3 hari: Pecah rekod jualan terdahulu
Kempen pra-tempahan HONOR X9d 5G yang sepatutnya berlangsung dari 24 September hingga 9 Oktober berjaya mencatat rekod baharu apabila semua stok habis terjual hanya dalam tempoh tiga hari sahaja!
Kejayaan ini sekaligus memecahkan rekod jualan pantas yang sebelum ini dipegang oleh model terdahulu, HONOR X9c 5G, membuktikan populariti luar biasa siri X di pasaran telefon pintar kelas pertengahan.
Terima pengiktirafan ASEAN
Prestasi jualan hebat ini turut menyaksikan HONOR menerima Sijil Rekod ASEAN yang mengiktiraf siri HONOR X9 sebagai ‘Telefon Pintar Kelas Pertengahan Paling Laris’ di rantau ini.
Berdasarkan statistik pasaran, siri X mencatat peningkatan ketara dalam pegangan pasaran; daripada 33 peratus pada tahun 2023 kepada 56 peratus pada tahun 2025. Ini bermakna satu daripada setiap dua telefon kelas pertengahan yang dijual di Malaysia adalah daripada siri HONOR X.
Sijil rasmi tersebut diserahkan oleh Pengarah Urusan Rekod ASEAN, Eldrick Koh, bersama Gillian Ooi, dalam satu majlis penyerahan khas kepada pihak HONOR baru-baru ini.
6 naik taraf utama cipta permintaan luar biasa
Kejayaan besar HONOR X9d 5G bukan sekadar disebabkan populariti jenama, tetapi datang daripada enam penambahbaikan utama yang direka bagi mentakrif semula standard telefon pintar kelas pertengahan.
Antara kelebihan utama termasuk:
- Ketahanan yang jauh lebih kukuh dengan rekaan tahan hentakan,
- Bateri berkapasiti besar yang mampu bertahan lebih lama,
- Prestasi berkuasa dan lancar, sesuai untuk kegunaan harian serta hiburan.
Selain itu, HONOR turut memperkukuh komitmennya terhadap pengguna dengan menawarkan perlindungan selepas jualan paling menyeluruh dalam kelasnya.
Setiap pembelian HONOR X9d 5G disertakan:
- Jaminan lanjutan percuma selama setahun,
- Perlindungan retak skrin depan & belakang selama 365 hari,
- Perlindungan kerosakan akibat cecair selama setahun.
Menariknya, HONOR X9d 5G kini satu-satunya telefon pintar di pasaran yang menawarkan perlindungan selengkap ini – satu langkah berani yang menunjukkan keyakinan penuh terhadap kualiti produknya.
Hadiah percuma bernilai RM946!
HONOR X9d 5G kini boleh didapati di semua kedai pengalaman HONOR di seluruh Malaysia, serta laman web rasmi HONOR, Lazada, Shopee, TikTok Shop dan juga di pengedar sah seperti Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.
Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM946, termasuk HONOR Watch 2i dan pelan perlindungan premium yang merangkumi semua manfaat di atas.
Telefon pintar yang wajib dimiliki tahun ini
Dengan rekaan moden, prestasi mantap, dan jaminan menyeluruh, tidak hairanlah HONOR X9d 5G menjadi rebutan ramai.
Bagi anda yang masih mencari telefon pintar berbaloi dengan harga sederhana tetapi kualiti setanding flagship, HONOR X9d 5G sememangnya pilihan terbaik tahun ini.
Jangan tunggu lama - kunjungi kedai HONOR terdekat atau beli secara dalam talian sekarang untuk menikmati tawaran eksklusif sementara stok masih ada!