Pemimpin pembangkang Venezuela menang Hadiah Nobel Keamanan

Iklan
Maria Corina Machado. Foto AFP

OSLO - Hadiah Nobel Keamanan pada Jumaat dianugerahkan kepada pemimpin pembangkang dan aktivis demokrasi Venezuela, Maria Corina Machado, menurut Jawatankuasa Nobel Norway.

Machado diberi penghormatan atas “usaha gigihnya memperjuangkan hak demokrasi rakyat Venezuela dan perjuangannya untuk mencapai peralihan yang adil serta aman daripada pemerintahan diktator kepada demokrasi,” kata Pengerusi Jawatankuasa Nobel Norway, Jorgen Watne Frydnes di Oslo.

Iklan
Iklan

Beliau dikenali sebagai antara figura utama pembangkang di Venezuela yang menentang pemerintahan Presiden Nicolas Maduro, dan sering menjadi sasaran tekanan serta sekatan oleh kerajaan.

Machado, 57, telah berkempen selama bertahun-tahun bagi menuntut pilihan raya bebas dan menamatkan penindasan terhadap pembangkang di negara yang bergelut dengan krisis ekonomi serta kemanusiaan itu.

Iklan

Anugerah tersebut disifatkan sebagai pengiktirafan antarabangsa terhadap perjuangan rakyat Venezuela yang menuntut kebebasan bersuara dan keadilan politik.

Menurut Frydnes, keberanian Machado untuk terus memperjuangkan demokrasi walaupun berdepan ancaman, penahanan dan larangan politik menjadi inspirasi kepada pejuang hak asasi di seluruh dunia.

Iklan

Hadiah Nobel Keamanan merupakan anugerah paling berprestij dalam siri anugerah Nobel, yang diumumkan setiap tahun oleh Jawatankuasa Nobel di Oslo, Norway. - AFP