Jurujual maut nahas dua motosikal
Iklan
Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah Hospital Sultan Ismail (HSI).
JOHOR BAHRU – Seorang jurujual wanita maut dalam kemalangan melibatkan dua motosikal di Kilometer (KM) 25.8 Lebuhraya Pasir Gudang di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kemalangan dipercayai berlaku pada jam 11.10 malam ketika wanita warga tempatan berusia 20 tahun itu dalam perjalanan menghala ke Pasir Gudang.
Iklan
Iklan
“Sebaik tiba di lokasi, mangsa dikatakan hilang kawalan dan terjatuh. Pada masa sama, sebuah motosikal jenis Yamaha Y15  yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak dan terlanggar mangsa.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian dalaman badan dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah Hospital Sultan Ismail (HSI).
Iklan
“Penunggang motosikal Y15 iaitu seorang lelaki berusia 50 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Iklan
“Saksi kemalangan boleh menghubungi polis di talian 07-3864222 bagi membantu siasatan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>