Pelan damai ikut skrip Trump
Iklan
Sekumpulan pemuda Palestin bersorak gembira setelah menerima khabar tentang pelaksanaan gencatan senjata di Gaza. Foto Agensi
GENTING GAZA - Penduduk Palestin bersorak gembira selepas perjanjian gencatan senjata untuk menghentikan perang genosid selama dua tahun di Genting Gaza akhirnya dicapai setelah rundingan berlangsung selama kira-kira 72 jam.
Kumpulan pemuda di bandar Khan Yunis, selatan Gaza turun beramai-ramai di jalan utama sambil berteriak girang kerana kesepakatan Hamas-Israel itu memberi sinar baharu buat mereka setelah tempoh bertenang kali terakhir dicabuli rejim Zionis lebih enam bulan lalu.