Gencatan senjata uji niat sebenar Israel
Iklan
Fasa pertama perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel dilihat sebagai perkembangan positif yang telah lama dinanti-nantika. Gambar kecil dari kiri: Azmi dan James Chin
KUALA LUMPUR - Fasa pertama perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel dilihat sebagai perkembangan positif yang telah lama dinanti-nantikan, malah berpotensi membuka jalan ke arah pemulihan wilayah Gaza yang musnah akibat perang serta pengunduran tentera rejim Zionis.
Namun, pakar geopolitik terkemuka, Profesor James Chin dari Universiti Tasmania berkata, persoalan masih timbul mengenai kesediaan Israel untuk mematuhi sepenuhnya pelan damai itu memandangkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu sejak sekian lama menentang sebarang penyelesaian yang mengehadkan kawalan Israel ke atas Gaza.