Misi gempur PDRM di Pulapol

Iklan
Pemain Kuala Lumpur, Shree Sharman (kiri) dijangka menjadi taruhan berdepan PDRM di pentas suku akhir Piala Agong, Sabtu ini.

PENGENDALI skuad ragbi Kuala Lumpur, Ahmad Fadzlee Ahmad Idriss, menegaskan pasukannya bersedia memberikan tentangan sengit menentang penyandang juara Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila bertandang ke padang Pulapol dalam aksi suku akhir Piala Agong 2025, Sabtu ini.

Menurut Fadzlee, kekuatan fizikal dan disiplin taktikal akan menjadi tunjang utama skuad ibu kota dalam misi memburu tempat ke separuh akhir menentang pasukan yang disifatkannya antara lawan paling konsisten musim ini.

Iklan
Iklan

“Pasukan Kuala Lumpur akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan cabaran kepada PDRM yang memang kuat. Pemain akan berusaha lebih lagi bagi mendapatkan kemenangan pada peringkat suku akhir dengan bermain mengikut taktikal yang telah diatur sepanjang latihan,” katanya kepada Sukan Sinar.

Kuala Lumpur mara ke suku akhir selepas menamatkan saingan di kedudukan keempat terbaik Kumpulan B dengan mengumpul tiga mata hasil satu kemenangan selepas mengharungi empat perlawanan.

Iklan

Beliau menjelaskan, aspek kecergasan, kawalan momentum dan keupayaan mengekalkan struktur permainan akan menjadi faktor penting bagi memastikan KL tidak mudah dibolosi oleh barisan PDRM yang terkenal dengan permainan berasaskan kekuatan fizikal dan hantaran pantas.

Tambah Fadzlee, setiap pemain telah diingatkan supaya mengekalkan fokus sepanjang 80 minit permainan serta memanfaatkan setiap peluang yang dicipta di kawasan lawan.

Iklan

PDRM muncul juara edisi 2024 selepas menewaskan Johor 43-29 di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Oktober lalu mara suku akhir selepas menjuarai Kumpulan A.

INFO

PIALA AGONG 2025

SUKU AKHIR

SABTU (11 OKTOBER)

Terengganu lwn Kelantan

(Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, 3 petang)

Johor lwn Selangor

(Stdm Ragbi Johor, Mount Austin, 3 petang)

Perlis lwn ATM

(Padang B, Kompleks Sukan Syed Putra, 3 petang)