Bapa mentua tawar wang untuk tampar 'penyondol' 10 kali

Iklan
Warganet memuji tindakan Amon yang mempertahankan menantu perempuannya. Foto Agensi

 

BANGKOK - Seorang taikun durian terkenal di Thailand menawarkan ganjaran untuk individu 'mengajar penyondol' yang mengganggu rumah tangga menantu perempuannya.

Iklan
Iklan

Amon Rodthong membuat tawaran 30,000 baht (RM3,882) kepada sesiapa yang berjaya menampar perempuan simpanan anak lelakinya sebanyak 10 kali.

Menurut laporan Thaiger, ganjaran tersebut kekal sah hingga hubungan terlarang itu terputus.

Iklan

"Amon juga menggesa pihak berkuasa supaya memeriksa lori pikap milik anaknya yang didakwa menyimpan senjata api secara haram.

"Dia berang selepas mendapat tahu menantunya diugut setelah skandal itu terbongkar," jelas laporan itu lagi.

Iklan

Kebanyakan warganet memuji tindakan Amon kerana mempertahankan menantu perempuannya dan ada yang mempertikaikan tawaran tersebut.

Dia bagaimanapun menegaskan tindakan itu bertujuan untuk melindungi maruah menantunya.

Dia juga sanggup memutuskan hubungan dengan anak lelakinya dan menukar nama seluruh aset kepada cucunya. - Agensi