Cubaan seludup 1,000 liter diesel ke Thailand gagal

Iklan
PGA menggagalkan cubaan menyeludup 1,000 liter diesel selepas menahan sebuah pacuan empat roda di Kampung Dangar di Pasir Mas pada Rabu.

PASIR MAS - Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup 1,000 liter diesel selepas menahan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero di Kampung Dangar di sini pada Rabu.

Dalam serbuan jam 9 pagi itu, pemandu telah bertindak melarikan diri sebaik sahaja kenderaan tersebut cuba ditahan.

Iklan
Iklan

Pemangku Komander Briged Tenggara, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju berkata, hasil pemeriksaan menjumpai 40 tong jerikin mengandungi minyak diesel anggaran 1,000 liter berada dalam kenderaan tersebut.

"Minyak diesel ini disyaki untuk diseludup ke Thailand," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Iklan

Menurut beliau, anggaran rampasan keseluruhan bernilai RM42,900 termasuk kenderaan.

Ujarnya, kes diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Iklan

Tambah beliau, kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.