Emir berjaya takluk laut Perhentian pada cubaan pertama

Iklan
Kejayaan Emir Akief Alrifqy Syaiful Nazrin meraih gangsa dan menewaskan 153 peserta berpengalaman tempatan dan antarabngasa menjadi satu titik penting dalam usaha beliau melangkah jauh dalam sukan renang laut terbuka nanti.

KUALA BESUT — Pengalaman pertama kali perenang remaja negara, Emir Akief Alrifqy Syaiful Nazrin bukanlah penghalang untuk beliau mencatatkan pencapaian yang membanggakan dalam acara 4 kilometer Open Water sempena Perhentian Challenge 2025 yang berlangsung di perairan Pulau Perhentian, Terengganu.

Acara tersebut adalah merupakan salah satu acara yang ditunggu oleh perenang-perenang Open Water pada setiap tahun kerana pemandangan yang mempesonakan.

Iklan
Iklan

Remaja berusia 16 tahun yang bersekolah di SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi itu berjaya menamatkan saingan dengan catatan masa 1 jam 3 minit 26 saat, sekali gus menduduki tempat ketiga dalam kategori umur 16 hingga 19 tahun serta tempat keenam keseluruhan daripada 159 peserta yang bertanding dalam acara 4km tersebut.

Lebih membanggakan, Emir menewaskan ramai peserta antarabangsa berpengalaman termasuk dari Eropah dan Australia yang turut menyertai kejohanan renang laut terbuka tahunan itu.

Iklan

“Saya tak sangka dapat habiskan renangan secepat itu. Arus agak kuat di pertengahan laluan, tapi saya hanya fokus pada rentak dan nafas.

'Paling penting, saya nak bawa nama Malaysia ke depan,” kata Emir ketika ditemui selepas tamat perlumbaan.

Iklan

Sementara itu jurulatih Emir, Jurulatih Aswaie dari Kelab Sealion Swimming Academy, memuji semangat juang anak didiknya yang dianggap sebagai antara perenang muda paling konsisten sepanjang kejohanan berlangsung.

“Untuk berada dalam kelompok enam terbaik keseluruhan di kalangan hampir 160 peserta bukan perkara mudah.

'Emir menunjukkan disiplin dan teknik yang matang untuk usianya,” ujarnya.

Prestasi Emir Akief dilihat sebagai satu petanda positif terhadap pembangunan sukan renang laut terbuka di Malaysia, yang kini semakin mendapat perhatian daripada generasi muda.

Acara Perhentian Challenge 2025 yang diadakan pada 4 Oktober lalu menghimpunkan lebih 400 peserta dari dalam dan luar negara, melibatkan beberapa kategori termasuk 16km Ultra Marathon Swim, 10km Solo, 4km Open Sea, 1.5km, 500m dan 250m.

Prestasi Emir Akief dilihat sebagai satu petanda positif terhadap pembangunan sukan renang laut terbuka di Malaysia, yang kini semakin mendapat perhatian daripada generasi muda.

Selain itu, Emir Akief turut merupakan perenang finswim yang telah mewakili Selangor di bawah Kelab Thunder Finswimming, di beberapa acara pertandingan peringkat kebangsaan dan telah memenangi beberapa pingat emas, perak dan gangsa.

Terkini, beliau akan ke Phuket untuk mewakili kelab di Kejohanan Sea Wave : Children's-Junior Finswimming Competition 2025 pada 9 November 2025 dan Emir kini berusaha untuk mendapatakn dana atau tajaan daripada Majlis Sukan Negara atau pihak swasta yang berminat.

Kejayaan ini turut mendapat perhatian komuniti sukan tempatan di media sosial, yang rata-ratanya menyifatkan Emir sebagai “bintang masa depan” yang wajar diberikan sokongan dan pendedahan lebih luas di peringkat antarabangsa.