Isu tanah Kampung Jawa tiada kaitan politik, kaum - ADUN

Iklan
Gunaraj

KLANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr Gunaraj George menegaskan bahawa penglibatannya dalam isu penduduk Kampung Jawa yang enggan berpindah bukan bermotifkan politik atau usaha mencari populariti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)

Beliau menafikan dakwaan kononnya tindakannya turun padang menyokong penduduk terlibat bertujuan untuk memancing undi masyarakat India di situ.

Iklan
Iklan

“Saya hanya campur tangan selepas menerima aduan berhubung tindakan keras yang diambil kontraktor terhadap beberapa keluarga terbabit.

“Bukan pasal politik atau PRU. Saya bukan terlibat dari awal pun. Bila mereka ada masalah, baru mereka datang jumpa saya.

Iklan

“Kalau dari hari pertama saya tahu, tentu saya akan ambil tahu dari awal lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Gunaraj berkata, penglibatannya itu hanya sekadar untuk memastikan prosedur pengosongan tanah dibuat secara berhemah dan berpandukan undang-undang tanpa menindas mana-mana pihak.

Iklan

“Saya turun selepas mereka ditekan oleh pihak pemaju. Kontraktor yang dilantik bertindak agak keras, jadi saya minta jangan terburu-buru,” ujarnya.

Beliau menegaskan, isu pengambilan tanah di Kampung Jawa tidak seharusnya dilihat dari sudut perkauman kerana pampasan ditawarkan berbeza bergantung kepada nilai pasaran semasa dan keadaan tanah, bukan atas dasar kaum.