'Kos rawatan tiga orang hampir RM1,000'
Iklan
Antara ubat-ubatan yang diambil bagi jangkitan tersebut. Foto ihsan Ahmad Shahrul, gambar kecil dari kiri: Maizatul Syarina, Azlina
PUTRAJAYA – Seorang pekerja swasta berkongsi pengalaman menanggung kos rawatan tinggi hampir RM1,000 apabila tiga ahli keluarganya dijangkiti influenza dalam tempoh kurang seminggu.
Menurut Azlina Mohamad Jantan, beban kewangan itu dirasai lebih berat apabila jangkitan menular dalam keluarga dan memerlukan rawatan serentak selain kos ubat tinggi di pasaran.