Menang dengan menipu, apa nilainya?
Iklan
Pendedahan FIFA berhubung asal usul tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
KEPUTUSAN FIFA baru-baru ini yang mendapati Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersalah kerana menyerahkan dokumen palsu bagi menaturalisasikan tujuh pemain warisan bukan sekadar berita sukan ia adalah kisah tentang nilai, integriti dan maruah negara.
FAM dikenakan denda RM1.8 juta, manakala tujuh pemain digantung setahun daripada sebarang aktiviti bola sepak. Hukuman itu datang selepas FIFA mendapati dokumen yang dihantar bagi menyokong kelayakan pemain-pemain tersebut telah ‘diubah suai’.