Israel pintas kapal dinaiki lapan rakyat Malaysia guna helikopter

Iklan
Rakaman CCTV menunjukkan kehadiran helikopter tentera Israel dalam insiden pintasan yang dibuat ke atas kapal Conscience.

SERDANG - Kapal Conscience yang dinaiki lapan aktivis Malaysia dalam misi gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG), dipintas tentera Israel menggunakan helikopter.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar yang mengesahkan perkara itu berkata, keadaan kapal Conscience yang tinggi tidak membolehkan anggota tentera menaiki dari bot kecil.

Iklan
Iklan

"Pintasan tu berlaku dalam pukul 10.30 hingga 10.50 waktu Malaysia.

"Kapal layar dipintas dari laut tapi kapal Conscience dipintas dengan helikopter sebab kapal tu tinggi," katanya dalam sidang akhbar berhubung perkembangan misi tersebut di sini pada Rabu.

Iklan

Tentera Israel bertindak merosakkan CCTV salah sebuah kapal aktivis yang dipintas.

Lapan wakil Malaysia di atas kapal Conscience ialah Profesor Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakirah Mohd Suhaimi, Profesor Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani, Syafik Shukri Abdul Jalil.

Iklan

Katanya, seorang lagi rakyat Malaysia, Dr Maziah Muhammad, berada di atas kapal UMM SAAD.

Sementara itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) salah sebuah kapal terlibat memaparkan tentera Israel bertindak memanjat dan memecahkan kamera tersebut ketika menawan kapal berkenaan.

Misi pelayaran FFC x TMTG yang merentasi Laut Mediterranean membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan yang menggesa agar peperangan dan krisis kebuluran dihentikan serta menuntut pembukaan koridor kemanusiaan ke Gaza.

Kapal terbesar Conscience membawa 10 kru, 20 wartawan antarabangsa, 21 pakar perubatan, tiga Ahli Parlimen Turkiye, 34 aktivis dan enam Jawatankuasa Pemandu FFC.