13 didakwa jadi ahli kumpulan 'Geng Captain Praba'

Iklan
Seramai 13 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Captain Praba’, yang didakwa terlibat di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Mahang, Kampung Sungai Jarom, Jenjarom, Kuala Langat, antara Disember 2023 hingga 11 September 2025. Foto Bernama

SEPANG - Seramai 13 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Captain Praba’.

Mereka ialah M Lavindran, 27, M Meganathan, 37, M Tinesh, 20, K Utayaragu, 29, M Thinesh, 31, S Jeevan, 19, J Sangaranarayanan, 28, P Joshua, 35, M Devindran, 25, M Nokarju, 29, S Tivagaran, 22, S Logeswaran, 26, dan D Vijayakumar, 36.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Mahang, Kampung Sungai Jarom, Jenjarom, Kuala Langat antara Disember 2023 hingga 11 Sept 2025 mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa manakala 10 tertuduh iaitu Lavindran, Tinesh, Utayaragu, Thinesh, Jeevan, Joshua, Devindran, Nokarju, Tivagaran dan Logeswaran diwakili peguam P Kunyalam.

Meganathan, Sangaranarayanan dan Vijaya Kumar pula tidak diwakili peguam.

Iklan

Mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin dan menetapkan 10 Nov ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. - Bernama