9 kapal Freedom Flotilla Coalition x TMTG memasuki 150 batu nautika dari perairan Gaza

Iklan
9 kapal Freedom Flotilla Coalition x TMTG memasuki 150 batu nautika dari perairan Gaza.

SHAH ALAM – Kesemua sembilan kapal yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) kini telah memasuki 150 batu nautika dari perairan pantai Gaza sekitar jam 3.36 pagi, Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, FFC melaporkan bahawa itu adalah titik di mana kapal-kapal sebelum ini telah diserang oleh rejim Zionis Israel.

Iklan
Iklan

"Ketua Delegasi Malaysia, Profesor Dr Mohd Alauddin Mohd Ali melaporkan bahawa rancangan asal kapal Conscience adalah untuk bergabung dengan armada lain di titik 130 batu nautika.

"Namun, atas beberapa faktor, kesemua sembilan armada akan bertemu pada titik dan masa yang belum diputuskan oleh FFC. Selain itu, FFC juga belum memutuskan masa ketibaan ke zon merah kerana ia bergantung kepada situasi semasa," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Sebelum ini, FFC yang kini sedang dalam pelayaran ke Gaza dijangka memasuki zon merah pada jam 5 petang, Rabu waktu Malaysia.

Kamarul Zaman berkata, sasaran itu ditetapkan bagi membolehkan misi yang melibatkan sembilan kapal termasuk kapal utama Conscience dan kapal pelayaran Umm Saad, tiba di Gaza sebelum hari Jumaat.

Iklan