Majlis kahwin bertema Liverpool, tetamu wajib pakai jersi

Iklan
Majlis perkahwinan yang dinamakan 'Kick-Off Wedding' itu diadakan di sebuah stadium bola sepak mini yang dihiasi dengan warna rasmi Liverpool, merah dan putih.

JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Jatinegara, Jakarta Timur mencuri perhatian ramai apabila pasangan pengantin memilih kelab bola sepak terkenal dari England, Liverpool FC sebagai tema utama resepsi mereka

Menurut bapa pengantin perempuan, Suryo, beliau yang merupakan penyokong tegar Liverpool mahu menghadiahkan sesuatu yang luar biasa dan berbeza untuk perkahwinan anaknya, Auliya Pramesthya.

Iklan
Iklan

"Saya ingin majlis ini penuh keceriaan dan meninggalkan kenangan istimewa. Kebetulan saya peminat setia Liverpool,” katanya kepada portal Wolipop pada Selasa.

Majlis perkahwinan yang dinamakan 'Kick-Off Wedding' itu diadakan di sebuah stadium bola sepak mini yang dihiasi dengan warna rasmi Liverpool, merah dan putih.

Iklan

Antara dekorasi menarik termasuklah belon bertulis 'You’ll Never Walk Alone', slogan ikonik kelab tersebut serta reruai gambar khas di hadapan gawang gol lengkap dengan potret bintang kelab berkenaan, Mohamed Salah.

Suasana bertambah meriah apabila semua tetamu hadir dengan memakai jersi Liverpool sambil menikmati hidangan dan berbual mesra dalam suasana santai seperti di stadium bola sepak.

Iklan

Suasana bertambah meriah apabila semua tetamu hadir dengan memakai jersi Liverpool sambil menikmati hidangan dan berbual mesra dalam suasana santai seperti di stadium bola sepak.

Suryo berkata, konsep santai ini turut memudahkan tetamu terutamanya kaum wanita yang biasanya mengambil masa lama untuk bersiap atau terpaksa memakai kasut tumit tinggi.

"Wanita biasanya perlu dua jam untuk bersiap menghadiri kenduri dan memakai kasut tinggi. Tapi kali ini semua bebas dan selesa, itulah keceriaan sebenar majlis perkahwinan," katanya.

Sementara itu, pengantin perempuan, Auliya mengakui bahawa pada awalnya dia menolak cadangan bapanya untuk menggunakan tema bola sepak dalam majlis perkahwinannya.

Namun, setelah majlis berlangsung, dia mengakui keputusan itu tepat.

"Awalnya saya tidak setuju, tapi ternyata suasananya sangat gembira dan menyeronokkan. Semua orang menikmati hari itu," katanya.