FAM perlu buktikan dokumen itu sah - Kok Seong
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa mengenai pendedahan FIFA berhubung asal usul tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
SHAH ALAM - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mempunyai pilihan selain membuktikan semua dokumen berhubung proses pendaftaran tujuh pemain berdarah warisan Harimau Malaya yang mencetuskan kontroversi ketika ini adalah sah.
Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, bukti dan pengesahan itu penting bagi memulihkan kembali imej Malaysia sebagai negara berdaulat yang tercalar susulan pendedahan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).