Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Iklan
Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu diniagakan pada 4.2125/2155 berbanding dolar AS 4.2135/2180 ketika ditutup pada Isnin. Gambar hiasan
RINGGIT ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa didorong oleh minat belian yang diperbaharui.
Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu diniagakan pada 4.2125/2155 berbanding dolar AS 4.2135/2180 ketika ditutup pada Isnin.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, gandingan mata wang AS$/MYR kekal dalam jajaran terhad iaitu sekitar paras RM4.21.
Beliau berkata, Indeks Dolar AS (DXY) masih berada pada paras tinggi, menyokong kekuatan dolar AS dalam persekitaran ketidaktentuan politik yang berterusan di negara-negara maju.
Iklan
Sementara itu, pembentangan Belanjawan 2026 akan datang dijangka memberi sokongan jangka pendek kepada ringgit, kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Iklan
Ia naik berbanding euro kepada 4.9135/9170 daripada 4.9155/9207 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.7938/7960 daripada 2.8019/8051, bagaimanapun susut berbanding pound Britain kepada 5.6620/6661 daripada 5.6608/6669.
Berbanding mata wang serantau, prestasi mata wang tempatan itu kebanyakannya merosot, kecuali berbanding baht Thai, menokok kepada 12.9532/9688 daripada 12.9810/13.0009.
Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.2587/2613 daripada 3.2562/2599, susut berbanding peso Filipina kepada 7.25/7.26 daripada 7.22/7.23, dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 254.3/254.6 daripada 254.0/254.4. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>