Inkues Zara Qairina bersambung, ahli kimia beri keterangan

Iklan
Salah satu pasukan peguam yang hadir sebagai pihak berkepentingan dalam inkues Zara Qairina memasuki bilik Mahkamah Koroner di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir bersambung semula pada hari ke-18 dengan mendengar keterangan saksi ke-17 di Mahkamah Koroner di sini pada Selasa.

Saksi yang juga seorang ahli kimia memberi keterangan di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Iklan
Iklan

Saksi tersebut merupakan antara 33 saksi dewasa yang memberi keterangan bagi membantu mencari punca kematian pelajar Tingkatan Satu itu pada 17 Julai lalu.

Selain itu, seramai 35 saksi kanak-kanak turut memberi keterangan di mahkamah sama.

Iklan

Dalam prosiding kali ini, petugas media dibenarkan berada di dalam mahkamah untuk membuat liputan memandangkan saksi yang memberi keterangan adalah saksi dewasa.

Petugas media sebelum ini tidak dibenarkan membuat liputan sekiranya prosiding melibatkan saksi kanak-kanak.

Iklan

Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya.