'Enam saudara terbunuh, khemah hampir dibom'
Iklan
Nurul Ain bersama suami, Mohamed tidak dapat menahan sebak ketika majlis dialog mengenai konflik di Gaza pada 2023.
SHA ALAM - “Enam orang saudara saya terkorban dan beberapa kali bom jatuh berhampiran khemah keluarga kami di Gaza.” Demikian luahan Nurul Ain Haron, 39, warga Malaysia yang pernah terkandas di wilayah bergolak itu bersama suaminya warga Palestin, Mohamed A M Shaat pada Oktober 2023.
Dia yang kini menetap di Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata, keadaan di wilayah itu kini amat menyayat hati apabila hampir keseluruhan penduduk kehilangan tempat tinggal dan hidup dalam serba kekurangan selepas serangan besar-besaran rejim Zionis Israel terhadap Gaza pada 7 Oktober 2023.