Tragedi kemanusiaan dan kegagalan PBB
Iklan
Seorang lelaki Palestin membawa baldi air di laluan pesisir barat laut kem pelarian Nuseirat selepas berpindah ke selatan berikutan pengumuman Israel menutup jalan Al-Rashid menuju ke utara Semenanjung Gaza yang dikepung, pada 4 Oktober 2025. Foto AFP
SHAH ALAM - Serangan ke atas Gaza sejak dua tahun lalu disifatkan sebagai satu tragedi kemanusiaan besar dan kegagalan institusi antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melindungi nyawa serta kedaulatan Palestin.
Pakar Keselamatan dan Hubungan Antarabangsa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Profesor Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata, pelbagai mekanisme antarabangsa seperti resolusi PBB sejak 1967, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan kaedah perundangan lain masih gagal memberi kesan untuk menghentikan keganasan rejim Zionis.