Dua tahun Gaza masih menangis
Iklan
Kempen pengeboman ganas Zionis telah membinasakan seluruh wilayah itu.
GENTING GAZA - Ribuan penduduk Palestin dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan di Gaza selepas perang genosid di wilayah itu kini memasuki tahun kedua dengan angka korban melepasi 67,000 orang.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pusat Palestin untuk Orang Hilang dan Dilenyapkan Secara Paksa merayu bantuan antarabangsa untuk membawa keluar kira-kira 9,000 jasad yang terkubur sejak 24 bulan lalu.