Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Iklan
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan peningkatan 0.70 peratus dalam Indeks Dolar AS (DXY) kepada 98.406 mata. Gambar hiasan
RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan peningkatan 0.70 peratus dalam Indeks Dolar AS (DXY) kepada 98.406 mata.
Pada jam 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.2135/2180 berbanding dolar AS daripada 4.2055/2125 ketika ditutup pada Jumaat.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kadar pertukaran dolar-ringgit AS bergerak dalam jajaran kecil hari ini, diniagakan antara RM4.2103 hingga RM4.2180.
Beliau juga berkata, yen Jepun merosot berbanding dolar AS dengan kadar dolar-yen melepasi 150 yen kerana Perdana Menteri baharu Jepun Sanae Takaichi berkemungkinan memihak kepada dasar pro-pertumbuhan.
Iklan
"Keadaan sedemikian nampaknya telah memberi manfaat kepada dolar AS. Mata wang serantau juga menyusut nilai berbanding dolar AS," katanya kepada Bernama.
Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Iklan
Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.9155/9207 daripada 4.9360/9442 ketika ditutup pada Jumaat dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.8019/8051 daripada 2.8537/8586, bagaimanapun turun berbanding pound Britain kepada 5.6608/6669 daripada 5.6577/6671.
Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.
Ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.2562/2599 daripada 3.2621/2678 dan menokok berbanding peso Filipina kepada 7.22/7.23 daripada 7.26/7.28 sebelumnya.
Bagaimanapun, ia berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.9810/13.0009 daripada 12.9807/13.0084 pada penutupan minggu lepas dan menguncup berbanding rupiah Indonesia kepada 254.0/254.4 daripada 253.9/254.4 sebelum itu. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>