Parkir sunyi jadi tempat punggah rokok seludup

Iklan
Hasil serbuan membawa kepada tangkapan tiga lelaki berusia 19 hingga 37 tahun serta rampasan tiga kenderaan dan pelbagai jenis rokok seludup bernilai RM260,000.

PELABUHAN KLANG – Taktik sindiket penyeludupan rokok menjadikan sebuah kawasan parkir sunyi di kawasan Pulau Indah sebagai lokasi pemunggahan terbongkar dalam serbuan Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang pada Isnin.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, sepasukan anggota PPM yang menjalankan rondaan Ops Taring Landai telah menemui sebuah Toyota Avanza mencurigakan di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Ketika pemerhatian dijalankan, pasukan kami mendapati dua lagi kenderaan jenis Perodua Alza berada berhampiran dan beberapa individu sedang memunggah kotak ke dalam kenderaan lain.

"Hasil pemeriksaan mendapati kotak berkenaan mengandungi rokok tidak bercukai," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan
Antara kenderaan dipercayai digunakan sindiket yang dirampas dalam serbuan dijalankan.

Katanya, hasil serbuan membawa kepada tangkapan tiga lelaki berusia 19 hingga 37 tahun serta rampasan tiga kenderaan dan pelbagai jenis rokok seludup bernilai RM260,000.

"Kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976," katanya.

Menurutnya, kejayaan itu menunjukkan komitmen berterusan PPM dalam membanteras aktiviti penyeludupan yang menyebabkan kerugian besar kepada hasil negara.