Kelindan lori maut, motosikal rempuh MPV

Iklan
Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa selepas terbabit kemalangan dengan sebuah MPV di Jalan Besar Jengka-Jerantut, Bandar Pusat Jengka pada awal pagi Isnin. Foto Polis Maran

MARAN - Kelindan lori maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membelok masuk simpang sebuah stesen minyak di Jalan Besar Jengka - Jerantut, Bandar Pusat Jengka, di sini pada awal pagi Isnin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 1.25 pagi itu, mangsa Muhammad Amirul Hakimee Mohd Hilmi, 23, beralamat dari Felda Jengka 15 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, pemandu MPV jenis Nissan Serena berusia 21 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika MPV dipandu pekebun itu dalam perjalanan dari arah Temerloh menghala ke Sungai Jerik.

Iklan

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit dipercayai membelok ke simpang kanan untuk masuk ke sebuah stesen minyak.

"Mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki FU150 dari arah bertentangan gagal mengelak lalu terlanggar bahagian hadapan kiri MPV terbabit," katanya.

Iklan

Kim Wai berkata, akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.