Bina kekuatan fizikal di Kejuaraan Remaja Dunia

Iklan
Razeeq

PEMAIN perseorangan lelaki remaja negara, Razeeq Danial Rosle bertekad menampilkan aksi terbaik pada Kejuaraan Remaja Dunia 2025 di Guwahati, India, yang bermula Isnin ini hingga 19 Oktober.

Menurut pemain berusia 18 tahun itu, persiapan rapi bersama barisan kejurulatihan kini tertumpu kepada penyesuaian diri terhadap keadaan gelanggang dan cuaca di India yang berbeza dengan di Malaysia.

Iklan
Iklan

“Jurulatih sudah menyediakan program khusus untuk membantu saya menyesuaikan diri dengan bola dan gelanggang.

“Saya juga memberi tumpuan penuh terhadap latihan tersebut supaya cepat serasi,” katanya.

Iklan

Skuad badminton yang menggalas cabaran negara di Kejuaraan Remaja Dunia 2025 di Guwahati, India.

Mengulas mengenai cabaran, Razeeq mengakui sentiasa berwaspada terhadap pemain dari China dan Indonesia yang memiliki kelebihan dari segi kematangan serta kawalan emosi di gelanggang.

Iklan

“Antara pencabar utama sudah tentu pemain dari China dan Indonesia. Pemain China, contohnya, sangat matang dan tahu bagaimana mengawal tekanan serta bermain dengan semangat tinggi untuk menang. Namun dari segi kecergasan dan kemahiran, saya rasa tidak jauh berbeza,” katanya.

Selain memperkukuh aspek taktikal dan kawalan permainan, Razeeq turut memberi penekanan terhadap peningkatan kekuatan fizikal.

“Saya dan jurulatih memberi tumpuan kepada kekuatan badan kerana itu antara kekurangan saya sebelum ini.

“Latihan yang disusun memang untuk memastikan saya lebih kuat dan bersedia menghadapi lawan yang lebih berpengalaman,” katanya.