Setahun Boston Manor ditinggalkan
Iklan
Dalam konteks keluarga yang berpindah, hubungan erat inilah yang jadi ‘rumah’ sebenar, tempat emosi berpaut ketika segala yang lain berubah. Foto hiasan/123RF
BAGI sebuah keluarga kecil, keputusan berpindah jauh bukanlah keputusan mudah. Ia bukan sekadar tukar alamat rumah tetapi kita sedang menggantikan seluruh kehidupan bersama sistem sokongan sosial dan emosi di dalamnya.
Berpindah tempat di dalam atau luar negara sudah seperti kemestian orang moden. Menurut United Nations Department of Economic and Social Affairs, pada 2023 terdapat lebih 281 juta individu tinggal di negara asing.