Kapal Conscience hampir tiba di Gaza, berbaki 270 batu nautika – MyCARE

Iklan
Kapal Conscience yang mengetuai armada Thousand Madleens to Gaza kini hanya berbaki 270 batu nautika sebelum tiba di Gaza.

SHAH ALAM - Kapal Conscience yang mengetuai armada Thousand Madleens to Gaza (TMTG) kini dilaporkan hanya tinggal 270 batu nautika lagi sebelum tiba di perairan Gaza.

Menurut kenyataan MyCARE Malaysia, perjalanan kapal itu kini berbaki 270 batu nautika sebelum Conscience bersama armada Thousand Madleens to Gaza tiba di bumi Gaza.

Iklan
Iklan

“Doakan, teruskan memberi perhatian kepada gelombang ketiga ini. Tunggu kami, Ya Gaza!” kata MyCARE dalam kenyataan di laman rasminya.

Freedom Flotilla Coalition merupakan inisiatif global yang menghimpunkan lebih 10 pertubuhan kemanusiaan dari seluruh dunia termasuk MyCARE Malaysia, Ship to Gaza Norway dan International Committee to Break the Siege of Gaza.

Iklan

Misi ini dilancarkan bagi menuntut hak kebebasan rakyat Palestin serta menamatkan sekatan laut yang menafikan akses terhadap bantuan asas, ubat-ubatan dan keperluan harian lebih dua juta penduduk Gaza.

Flotilla kali ini membawa pelbagai barangan bantuan kemanusiaan termasuk makanan, ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang akan disalurkan kepada organisasi tempatan sebaik tiba di Gaza.

Iklan

Freedom Flotilla mula mendapat perhatian dunia sejak misi pertamanya pada 2010 apabila kapal Mavi Marmara diserang tentera Israel di perairan antarabangsa, mengorbankan beberapa aktivis antarabangsa dan mencetuskan kecaman global.