Legenda pecut Norway, Alexander Kristoff melambaikan tangan kepada peminat ketika menaiki beca yang dikayuh legenda berbasikal negara, Anuar Manan, sebelum bermulanya peringkat terakhir Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 di Tangkak hari ini.
Kristoff menerima penghormatan khas dan ‘guard of honour’ daripada pelumba lain sebagai simbolik persaraannya daripada sukan berbasikal profesional. Foto Bernama