Peluang PH dan Ruji menyinar
Iklan
Apa yang menarik dalam PRN Sabah kali ini ialah kemunculan Pakatan Harapan (PH) sebagai parti yang mula membina pengaruh besar. Foto fail Bernama
DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan seawal Isnin ini atau selewat-lewatnya Jumaat depan berikutan terdapat pelbagai isyarat politik yang menunjukkan pembubaran akan berlaku pada minggu akan datang ini.
Kabinet Sabah dilaporkan telah mengadakan semacam ‘ritual’ mesyuarat terakhir apabila para menteri bergambar bersama dan saling mengucapkan selamat maju jaya, seolah-olah menandakan berakhirnya penggal pentadbiran semasa.