Bukan tuntutan berlebihan
Iklan
Tuntutan Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan 35 peratus kerusi Dewan Rakyat dalam Parlimen Malaysia telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan pemimpin kedua-dua wilayah itu.
KENYATAAN mantan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun bahawa tuntutan Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan 35 peratus kerusi Dewan Rakyat dalam Parlimen Malaysia adalah tidak berasas nampaknya telah menimbulkan kemarahan bukan kepalang dalam kalangan para pemimpin kedua-dua wilayah itu.
Di Kota Kinabalu kemarahan itu tidaklah begitu ketara kerana tumpuan di negeri bawah bayu pada waktu ini adalah Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pada November nanti.