WASHINGTON - Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan syiling AS$1 yang memaparkan imej Presiden Donald Trump sempena ulang tahun ke-250 kemerdekaan negara itu tahun depan, menurut jabatan itu pada Jumaat, lapor Xinhua.
Menurut draf reka bentuk yang disiarkan di platform X oleh Bendahari Brandon Beach, syiling itu memaparkan imej Trump dengan penumbuk diangkat pada satu sisi bersama perkataan"fight, fight, fight" yang merujuk kepada reaksinya selepas terselamat daripada cubaan bunuh tahun lalu semasa kempen pilihan raya.