Kanak-kanak dua tahun maut dihempap tiang pagar rumah

Iklan
Tiang pagar runtuh yang menghempap seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun. Foto Ihsan: pembaca

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sembilan bulan maut selepas dihempap tiang pagar konkrit rumah sewa keluarganya yang runtuh di Taman Bukti Kristal di sini pada Jumaat.

Mangsa disahkan meninggal dunia jam 9.14 malam ketika di zon kecemasan Hospital Tuanku Jaafar(HTJ)di sini.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, pihaknya menerima maklumat kejadian itu berlaku jam 7.15 malam.

"Mangsa dikatakan bermain dengan kakaknya sebelum tiang pagar yang tidak kukuh itu tumbang lalu menghempap mangsa.

Iklan

"Ibu mangsa segera membawa mangsa ke HTJ, namun disahkan meninggal dunia pada jam 9.14 malam," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, bedah siasat dijalankan di Hospital Rembau mendapati punca kematian adalah kenderaan kepala akibat hentakan objek berat dan tiada kecederaan lain yang dikesan.

Iklan

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memastikan struktur binaan di kediaman dipasang dengan selamat bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,"katanya.