GSF: Aktivis Malaysia selamat tiba di Istanbul

Iklan
Dari kiri: Mohd Asmawi, Dr Taufiq Mohd Razif dan Zulfadhli Khairudin sebaik tiba di Lapangan Terbang Istanbul pada Sabtu.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sebuah pesawat yang membawa aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang diserang dan ditahan oleh Israel di perairan antarabangsa, selamat mendarat di Lapangan Terbang Istanbul pada petang Sabtu.

Pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Ramon di Eilat, Israel itu tiba di lapangan terbang berkenaan pada 3.50 petang waktu tempatan, lapor Anadolu Ajansi.

Iklan
Iklan

Seramai 137 orang daripada flotila itu, termasuk 36 warga Turkiye dan 23 rakyat Malaysia, tiba di Istanbul menerusi penerbangan berkenaan.

Ketibaan para aktivis itu disambut oleh pegawai dan orang ramai di lapangan terbang.

Iklan

Selain warga Turkiye dan Malaysia, pesawat itu turut membawa penumpang dari Amerika Syarikat (AS), Emiriah Arab Bersatu (UAE), Algeria, Maghribi, Itali, Kuwait, Libya, Mauritania, Switzerland, Tunisia dan Jordan.

Sementara itu, menerusi siaran langsung TRT Haber, kelibat rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF dirakam turun dari pesawat Turkish Airlines bersama aktivis Turkiye yang lain.

Iklan

Ustaz Mad Kechik dan Pu Rahmat Ikhsan yang dilihat gembira turun daripada pesawat sambil melambaikan tangan ke arah pengamal media serta orang awam.

Antaranya ialah Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kechik dan Pu Rahmat Ikhsan yang dilihat gembira turun daripada pesawat sambil melambaikan tangan ke arah pengamal media serta orang awam.

Peserta lain seperti Ardell Aryana, Hazwani dan Heliza Helmi, Musa Nuwayri, Haroqs, Ilyia Balqis turut kelihatan berada di dalam pekarangan lapangan terbang sambil wartawan menemu bual Zulfadhli Khairudin.

Kelihatan rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dirakam turun daripada pesawat Boeing 737-8F2 Turkish Airlines bersama warga Turkiye yang lain.

Kesemuanya tampak tenang dan tersenyum sebaik menjejakkan kaki di bumi Istanbul selepas dibebaskan rejim Israel.