Dua mangsa rentung dalam kereta terbakar disahkan lelaki

Iklan
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa kemalangan yang rentung di Jalan Permatang Baru, Sungai Lokan pada Sabtu.

BUTTERWORTH – Dua individu yang maut dalam kemalangan di Jalan Permatang Baru, Sungai Lokan di sini pada pagi Sabtu disahkan lelaki dan menaiki kereta jenis Proton Saga BLM.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.09 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setibanya di lokasi pada jam 7.21 pagi, didapati sebuah kereta terbakar dengan kemusnahan dianggarkan sebanyak 80 peratus.

“Terdapat dua mangsa dipercayai lelaki ditemukan rentung di dalam kenderaan terbabit.

Iklan

Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Permatang Baru, Sungai Lokan pada pagi Sabtu.

“Bagaimanapun, identiti kedua-dua lelaki berkenaan masih belum dapat dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Iklan

John Sagun berkata, pasukan bomba menjalankan kerja-kerja pemadaman serta overhaul bagi memastikan lokasi kejadian selamat daripada risiko lain.

Katanya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sebelum mayat dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.55 pagi dan kes diserahkan kepada Pasukan Forensik Kebakaran (FIO) untuk siasatan lanjut,” katanya lagi.