IPOH - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil keputusan membatalkan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025, selepas kejadian seorang murid yang menyertainya meninggal dunia secara mengejut pada Jumaat.
KPM dalam satu kenyataan yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga murid tersebut memaklumkan bahawa keputusan membatalkan kejohanan sehingga esok dan menjadualkannya semula adalah bagi menghormati pemergian murid tersebut.