Selangor cari rentak juara

Iklan
Anak buah Ahmad Nurfaizal sudah melakukan persiapan terbaik untuk berdepan Kuala Lumpur.

JUARA bertahan Piala Agong, Selangor bakal berdepan cabaran getir pada aksi pembuka tirai menentang Kuala Lumpur dalam saingan Piala Emas Raja-Raja 2025 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu.

Pengendali Merah Kuning, Ahmad Nurfaizal Patrick Abdullah mengakui, bermain di gelanggang lawan memberi kelebihan buat Kuala Lumpur, namun menegaskan anak buahnya sudah melakukan penyesuaian taktikal secukupnya.

Iklan
Iklan

“Selangor menjuarai Piala Agong musim lalu hasil disiplin dan konsistensi permainan. Menghadapi Kuala Lumpur di gelanggang kebiasaan mereka, kami sudah bersedia dengan beberapa penyesuaian taktikal yang sesuai dengan kekuatan pasukan sendiri serta mengambil kira kelebihan lawan.

“Fokus kami adalah mengekalkan struktur permainan yang kukuh, kawalan tempo, dan tumpuan kepada transisi.

Iklan

"Kami menghormati kelebihan pihak lawan, tetapi kami percaya kepada persiapan pasukan serta komitmen pemain untuk mengekalkan tahap permainan terbaik,” katanya kepada Sukan Sinar.

Selangor sebelum ini muncul juara Piala Agong 2024 selepas menewaskan Pahang 3-0 di Stadium Hang Tuah pada 18 Oktober lalu.

Iklan

Mengulas mengenai cabaran mempertahankan kejuaraan, Ahmad Nurfaizal menegaskan, Selangor tidak sesekali menjadikan status juara sebagai alasan untuk berasa selesa.

“Sebagai penyandang juara, kami sedar Selangor menjadi sasaran utama setiap pasukan. Namun, kami melihat tekanan itu sebagai motivasi tambahan.

“Dari sudut psikologi, kami tekankan kepada pemain supaya terus merendah diri, berdisiplin dan berusaha lebih keras kerana kejayaan musim lalu tidak menjamin kemenangan pada musim ini.

“Kami mahu pastikan pemain kekal bermotivasi dan sentiasa lapar untuk kejayaan.

"Apa yang penting, kami bukan sekadar mempertahankan reputasi, tetapi juga mahu menunjukkan peningkatan dari segi prestasi dan semangat berpasukan,” jelasnya.

INFO

Piala Emas Raja-Raja 2025

Kumpulan A:

Pulau Pinang, Perlis, Melaka, Pahang

Kumpulan B:

Perak, ATM, Bomba FC

Kumpulan C:

Kedah, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, PDRM

Kumpulan D:

Selangor, Terengganu, Kelantan