Proses bawa pulang ambil masa kerana tiada hubungan diplomatik
Iklan
Seramai 23 delegasi Malaysia dlm GSF yang ditahan tentera Israel selepas kapal dinaiki mereka dipintas di perairan antarabangsa. Gambar kecil dari kiri: Azlizan, Azmi
SHAH ALAM - Proses untuk membawa pulang semua sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera Israel dalam pelayaran menuju ke Gaza menerusi Global Sumud Flotilla (GSF) mungkin mengambil sedikit masa susulan negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan rejim Zionis itu.
Pakar geostrategi, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, ini disebabkan terdapat beberapa prosedur perlu dilalui kerana kumpulan berkenaan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.