'Bangkit! Tugas kita menekan sehingga semua peserta GSF dibebaskan, genosid dihentikan' - Nadir

Iklan
Muhammad Nadir. Foto Bernama

SEPANG - Dengan penahanan aktivis dari kapal misi kemanusiaan Marinette pada Jumaat, berakhirlah perjalanan seluruh peserta Global Sumud Flotilla (GSF) gelombang pertama kali ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, tugas seterusnya dipikul para peguam The Legal Centre for Arab Minorities Rights in Israel (Adalah) bagi membantu aktivis GSF yang ditahan Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, mereka berjuang dengan Sumud sehingga ke saat akhir.

"Kini tiba tugas para peguam Adalah dan tugas kita, menekan sehingga semua peserta dibebaskan dan genosid dihentikan. Bangkit!," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Iklan

Marinette awalnya memecut laju dengan kelajuan 6.6 knot telah berada kira-kira 60 batu nautika dari pantai Gaza telah dipintas tentera Zionis itu sekitar jam 3.30 petang sebelum terputus hubungan.

Kapal itu merupakan flotila terakhir yang meneruskan perjalanan ke Gaza selepas 42 kapal lain dipintas IDF sejak Khamis ketika berada zon merah R2 di perairan antarabangsa berhampiran Gaza.

Iklan