Laungan Free Palestin, Jahanam Amerika bergema

Iklan
Orang ramai yang hadir terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang politik dilihat mula berkumpul bermula jam 2.30 petang.

KUALA LUMPUR – Laungan “Free Palestin” serta “Jahanam Amerika” bergema sebagai tanda protes terhadap sekatan misi Global Sumud Flotilla (GSF) berdekatan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak di sini, pada Jumaat.

Kumpulan orang ramai yang hadir terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang politik dilihat mula berkumpul bermula jam 2.30 petang.

Iklan
Iklan
Para peserta tidak berganjak walaupun cuaca hujan ketika menyertai protes terhadap sekatan misi Global Sumud Flotilla (GSF) berdekatan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak di sini, pada Jumaat.
Iklan

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati para peserta membawa plakad dan paparan gambar rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi GSF.

Media sebelum itu melaporkan seramai 201 aktivis kemanusiaan dari 36 negara, termasuk 12 rakyat Malaysia, yang menyertai misi GSF ditahan oleh Tentera Pertahanan Israel (IDF) dalam satu insiden tegang di perairan antarabangsa awal pagi Khamis.

Iklan