KK Super Mart, RHB Islamic lancar kempen ganjaran peruncitan

Iklan
KK Super Mart dengan kerjasama RHB Islamic Bank Berhad melancarkan kempen ganjaran peruncitan seluruh negara.

KK SUPER Mart bersama RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic) melancarkan kempen ganjaran peruncitan seluruh negara bagi meningkatkan kesejahteraan kewangan pelajar menerusi program Kad MySiswa dan MyTVETKPM.

Pengerusi Eksekutif KK Super Mart, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, inisiatif itu bertujuan menawarkan promosi eksklusif merangkumi enam urusan mahasiswa di universiti awam serta pelajar Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik seluruh negara.

Iklan
Iklan

“Melalui kerjasama ini, lebih 600,000 pelajar bakal menerima manfaat apabila KK Super Mart memperuntukkan RM3.6 juta bagi kos pemasaran serta ganjaran tunai kepada pengguna kad, bermula 1 Oktober 2025.

“Menerusi Aplikasi KK Reward, mahasiswa dan pelajar turut berpeluang menggandakan KK Coin setiap kali membuat pembelian di semua rangkaian kedai kami,” katanya dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Pengurusan Kolaborasi Strategik antara KK Super Mart dan RHB Islamic di RHB Centre.

Iklan
Suasana sekitar Majlis Menandatangani Perjanjian Pengurusan Kolaborasi Strategik antara KK Super Mart dan RHB Islamic di RHB Centre.

Terdahulu, KK Super Mart membuka lebih daripada 1,029 cawangan yang beroperasi 24 jam di seluruh negara dan terus komited dalam menyokong pelbagai inisiatif untuk rakyat.

Antaranya termasuk penglibatan dalam program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKasih yang memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.

Iklan

Seiring dengan kerjasama ini, kedua-dua pihak turut bersetuju untuk melaksanakan inisiatif amal bersama melibatkan kakitangan Kumpulan Perbankan RHB.

KK Chai yang juga pengasas KK Super Mart berkata, usaha tersebut membuktikan bagaimana sektor peruncitan, perbankan dan pendidikan bergabung dalam menunjukkan komitmen bersama menjaga kebajikan pelajar.

“Program Kad MySiswa dan Kad MyTVETKPM bukan sahaja memudahkan urusan pelajar sebagai kad pelajar dan debit bank, malah memberi nilai tambah ketika berbelanja di KK Super Mart.

“KK Super Mart sentiasa menyokong program kebajikan anjuran Hal Ehwal Pelajar Universiti (HEP) seperti tajaan tiket pulang ke kampung sempena hari Raya, sumbangan Bakul Rahmah atau Food Bank Ramadan khususnya di universiti yang mempunyai cawangan kami di dalam kampus,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan RHB Islamic, Datuk Adissadikin Ali berkata, kerjasama ini amat bermakna kerana syarikat itu bersama KK Super Mart selaku jenama tempatan komited menyumbang secara positif demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

“RHB Islamic sentiasa berdedikasi dalam memajukan keterangkuman kewangan serta menyokong pengalaman pendidikan para pelajar.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan KK Super Mart bagi menawarkan manfaat eksklusif kepada pemegang kad MySiswa dan MyTVETKPM sekali gus memperkayakan pengalaman universiti mereka,” jelas beliau.

Adissadikin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu berkata, kakitangan RHB boleh menggunakan geran RM100 yang diberikan kerajaan di bawah SARA Madani untuk membeli barangan runcit yang dibenarkan di KK Super Mart menerusi program ini.

“Barangan tersebut kemudiannya akan disumbangkan kepada pelajar yang memerlukan daripada institusi pengajian yang menyertai program Kad MySiswa dan MyTVETKPM,” katanya.