Kes jenayah terancang ‘Geng TR’ dipindah ke Mahkamah Tinggi Klang

Iklan
Semua tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Seksyen Kuala Selangor pada Jumaat.

KUALA SELANGOR - Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat membenarkan permohonan untuk memindahkan kes empat lelaki yang dituduh menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng TR' ke Mahkamah Tinggi Klang.

Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza memutuskan demikian selepas mendengar permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Lina Hanini Ismail dan Shafiq Hasim yang mengemukakan izin pendakwaan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.

Iklan
Iklan

Tertuduh terdiri daripada S Sugumaran, 45; S Rajah, 27; M Deva Kumaran, 44 dan M Mugilan 35.

Bagaimanapun tiada bantahan dikemukakan daripada keempat-empat tertuduh dan salah seorang mereka iaitu, Sugumaran diwakili peguam, Datuk S Sivakumar dan Haziq Muhamad Shahal.

Iklan

Ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan, semua mereka mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan semua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran makanan laut di Sungai Janggut, Jeram antara November 2019 hingga 11 September 2025.

Iklan

Semua tertuduh didapati menjadi ahli kumpulan jenayah terancang"Geng TR" dan telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan [Akta 574] dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.

Hukuman bagi kesalahan itu boleh dihukum penjara suatu tempoh yang tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi daripada 20 tahun.

Mahkamah kemudian memerintahkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Klang dan menetapkan tarikh perbicaraan kes akan ditetapkan kemudian.

Terdahulu, keempat-empat tertuduh dibawa menaiki dua van polis tiba di mahkamah itu pada jam 8.20 pagi.

Semua mereka yang berpakaian baju biasa diiringi dan dikawal ketat pasukan polis.